"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PM daripada Kabinet Muhyiddin resipi ‘Kerajaan Gagal 2.0’, kata penganalisis

Robin Augustin 

PETALING JAYA: Perdana menteri yang dilantik daripada kerajaan sedia ada, sekiranya penyandangnya, Muhyiddin Yassin berundur hari ini, adalah resepi kepada “Kerajaan Gagal 2.0”, kata seorang penganalisis politik.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata sekiranya pentadbiran Muhyiddin tumbang, hakikatnya ia bukan semata-mata kerana Umno menarik balik sokongan terhadap beliau.

“Ia juga kerana ketidakcekapan kerajaan dalam menangani pandemik dan memulihkan ekonomi.

“Kita jangan lupa bahawa usaha Umno menjatuhkan kerajaan ini mendapat sokongan daripada akar umbi dan rakyat.”

Jadi, katanya, sesiapa yang dilantik sebagai perdana menteri berikutnya mestilah seseorang yang kompeten dan mempunyai Jemaah Menteri yang mampu menangani krisis kesihatan dan ekonomi dihadapi negara.

“Dalam erti kata lain, ia haruslah seseorang dari luar dari jemaah Jemaah Menteri yang sudah tiada fungsi ini. Jika tidak, ia akan menjadi Kerajaan Gagal 2.0 dan penderitaan rakyat akan lebih melarat.

Spekulasi semakin kencang mengenai siapa yang akan menggantikan Muhyiddin sekiranya Ahli Parlimen Pagoh itu meletakkan jawatan hari ini, dengan beberapa nama disebut termasuk Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pemimpin utama.

Selain itu, nama Menteri Kanan Keselamatan Hishammuddin Hussein dan ketua pembangkang Anwar Ibrahim turut disebut.

Bagaimanapun, persoalan mengenai siapa yang mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat, masih belum lagi terjawab.

Muhyiddin yang didesak untuk berundur oleh pembangkang dan Umno sejak beberapa minggu lalu dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari ini.

Tiada ulasan: