"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lantikan politik (GLC, GLIVC) jangan buat bodoh tunggu lama-lama

Lantikan politik perlu letak jawatan segera, kata Nik Nazmi

FMT Reporters

PETALING JAYA: Semua lantikan politik oleh Muhyiddin Yassin dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu meletakkan jawatan segera susulan pengunduran pemimpin itu sebagai perdana menteri, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, kebanyakan GLC dan GLIC diselia secara profesional dan peletakan jawatan mereka tidak terlalu memberi kesan.

“Ia adalah hal yang betul dan bermaruah untuk dilakukan. Dengan peletakan jawatan PM, tiada sebab untuk mereka terus menyandang jawatan tersebut,” katanya.

Nik Nazmi berkata, kerajaan baharu yang bakal terbentuk wajib melantik mereka yang profesional dan layak mengisi jawatan terbabit, bukannya dibuat berdasarkan perkiraan politik semata-mata.

Semalam, Muhyiddin yang meletakkan jawatan selepas kehilangan sokongan majoriti, berdepan kritikan hebat mengenai pengurusan Covid-19 dan pembatalan Ordinan Darurat.

Ia selepas cadangan rangka persefahaman rentas parti yang dikemukakannya pada Jumaat lalu ditolak oleh Umno dan pemimpin pembangkang.

Ahli Parlimen Pagoh itu menyerahkan surat letak jawatan ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam sekali gus menjadikannya perdana menteri Malaysia yang berkhidmat dalam tempoh paling singkat.

Tiada ulasan: