"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Titah YDP Agong: PM terpilih menerusi SD hendaklah kemuka usul undi percaya di Parlimen

FMT Reporters

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong bertitah perdana menteri yang dilantik menerusi surat akuan Ahli Dewan Rakyat hendaklah “secepat mungkin” mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Langkah itu untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, kata Agong dalam kenyataan.

Agong berkata surat akuan 220 ahli Dewan Rakyat hanya bertujuan untuk membantu baginda membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Tiada ulasan: