"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menjelang penamaan PM baharu, Pas kembali seru Muafakat Nasional

ARIF ATAN

Selepas Muafakat Nasional (MN) dilihat ‘sepi’ sepanjang tempoh 17 bulan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Pas kini menyebut kembali gabungan politik antara partinya dan Umno itu.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz malam tadi menyebut pembina MN adalah Presiden Umno dan Pas berserta seluruh ahli kedua-dua parti itu.

“Ia (MN) kekal sehingga kini. Tiada yang dipinggir atau disingkir daripadanya. Semua telah berjasa mengukuhkannya.

“Jangan kita menyahut seruan kiri dan kanan, malah dari dalam sendiri untuk memisahkan di antara KITA.

“Kukuh Muafakat Nasional, kukuhlah kesatuan umat yang kian berkembang dari satu tahap kepada satu tahap lebih baik yang akan menjamin kejayaan dan kesejahteraan negara,” tulisnya di Facebook malam tadi.

Kenyataan Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Bachok itu muncul ketika Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno dikatakan bersetuju menyokong Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri.

Nama Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera itu dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Sepanjang tempoh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang wujud hasil pengkhianatan sejumlah Ahli Parlimen terhadap Pakatan Harapan (PH), Pas dilihat mesra dengan Bersatu yang diterajui Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Tiada ulasan: