"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Senang, susah, PAS tetap denganmu, Hadi beritahu Muhyiddin

FMT Reporters

PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memberi jaminan parti itu terus bersama Muhyiddin Yassin selepas Presiden Bersatu itu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri susulan kehilangan majoriti sokongan di Dewan Rakyat.

Katanya, PAS akan bersama Ahli Parlimen Pagoh itu dalam setiap keadaan.

“Sebentar tadi saya telah menghubungi Muhyiddin Yassin, menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah, khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita,” kata Hadi menerusi Facebooknya.

PAS dengan 18 Ahli Parlimennya adalah antara sekutu utama Muhyiddin yang membolehkan beliau menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan tahun lalu, dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama beberapa parti lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Beberapa pemimpin PAS sebelum ini mengulangi pendirian parti itu untuk terus bersama PN, selain memperkukuhkan hubungan dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Muhyiddin hilang majoriti di Parlimen setelah 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada beliau minggu lalu.

Beberapa pemimpin Umno sebelum ini menggesa PAS untuk memilih sama ada mahu bersama Umno atau Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.

Tiada ulasan: