"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin Bersatu bertemu ditengah-tengah spekulasi peletakan jawatan PM

Minderjeet Kaur

PETALING JAYA: Pemimpin parti Bersatu dan mereka yang berpihak kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mula berkumpul di ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) di Publika, pagi ini.

Setakat jam 9.15 pagi ini, pemimpin Bersatu yang dilihat hadir adalah Timbalan Presiden parti Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof.

Ahli Parlimen Bebas Xavier Jayakumar turut hadir untuk pertemuan yang dijangka bermula sebentar lagi.

Mesyuarat itu diadakan ketika spekulasi mengenai peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semakin kuat.

Tiada ulasan: