"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Redzuan sahkan Muhyiddin persembah surat peletakan jawatan esok

Kow Gah Chie

Seorang pemimpin Bersatu hari ini mengesahkan Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Redzuan Md Yusof, memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

Katanya ahli parlimen Alor Gajah itu, perkara berkenaan dimaklumkan Muhyiddin dalam pertemuan dengan ahli parlimen Bersatu selama kira-kira dua jam sebentar tadi.

"Esok akan ada mesyuarat khas kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan," katanya.

Kata Mohd Redzuan, Muhyiddin sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan keadaan dan kedukan kerajaan namun ikhtiarnya itu tidak membuahkan hasil.

Tiada ulasan: