"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Annuar Musa: Calon BN ada cukup sokongan jadi PM

FMT Reporters

PETALING JAYA : Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa mendakwa gabungan itu mempunyai sokongan cukup untuk membolehkan calon daripada BN dilantik sebagai Perdana Menteri baharu.

Annuar tidak menamakan calon itu tetapi dipercayai merujuk kepada Naib Presiden Umno, Ismail Sabri.

Beliau mendakwa selain 42 kerusi parlimen sedia ada, BN turut mendapat sokongan lebih 69 Ahli Parlimen lain untuk melepasi majoriti mudah 111 kerusi di Dewan Rakyat.

“Alhamdulillah baru sebentar tadi selesai perbincangan dengan ahli-ahli parlimen dan wakil parti parti sahabat yang lain, untuk mohon menyokong seorang calon dari BN.

“Kami amat terharu kerana sejumlah yang lebih dari 69 yang diperlukan telah bersetuju untuk memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calon dari BN,” kata beliau.

“Kami MP BN, akan bertemu Pengerusi BN (Ahmad Zahid Hamidi) malam ini untuk sama-sama berbincang perkembangan yang baik ini.

“Saya sendiri juga sudah menghubungi Presiden UMNO untuk satu panduan dan kata sepakat, mengambil kira perkembangan terkini, serta surat notis Speaker Dewan Rakyat hari ini,” kata beliau.

Tiada ulasan: