"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahidi: Hanya satu MP Umno saja yang tak sokong Ismail Sabri

Malaysiakini 

Ahli Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin mendedahkan bahawa hanya seorang ahli parlimen Umno yang difahamkan tidak menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, tindakan itu tidak memberi kesan kepada keputusan malam semalam kerana majoriti ahli parlimen BN termasuk presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak turut menyokong satu nama sahaja.

“Pada saya, ia tidak beri kesan pun pada keputusan semalam sebab semua menyokong Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

“Semua dah tandatangan surat tersebut dan sebulat suara menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang disusuli dengan mesyuarat ahli parlimen parti itu diadakan malam semalam, bagi memutuskan calon perdana menteri setelah Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Tiada ulasan: