"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenderaan dihempap pokok, 2 maut tumbang

FMT Reporters
Dua maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Kampung Lembah Jaya Utara Ampang, petang tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Lembah Jaya Utara Ampang, hari ini.

Ketua Polis Ampang Jaya Azam Ismail berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pokok tumbang menghempap sebuah kereta dan motosikal pada 3.51 petang.
PASUKAN bomba menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Bomba
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan pemandu kereta maut di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang.

“Bantuan di tempat kejadian dilakukan oleh pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.

Tiada ulasan: