"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Buruh didakwa cabul anak angkat

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
TERTUDUH (kiri) di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
TERTUDUH (kiri) di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mencabul anak angkat berusia 15 tahun di Bachok, 10 Disember lalu.

Tertuduh, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh yang mempunyai hubungan amanah didakwa dengan maksud seksual melakukan amang seksual fizikal dengan mencabul seorang kanak-kanak warga Thailand berusia 15 tahun itu.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di rumah dekat Bachok, 7.30 pagi, 10 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta sama yang dibaca bersama Seksyen 16 Akta yang sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Mohd Bakri manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Zubairi Salleh.

Terdahulu, Nur Akmal tidak menawarkan tertuduh diikat jamin terhadap kedua-dua pertuduhan kerana bimbang akan mengganggu saksi dan mangsa.

Mohd Zubairi dalam rayuannya pula memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya dan bersetuju dengan syarat-syarat tambahan yang ditetapkan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan selain tidak mengganggu saksi dan mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 21 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tiada ulasan: