"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kaki manusia ditemukan dalam kontena dari AS

Agensi
PETUGAS menemukan dua kaki manusia dalam kontena kertas kitar semula. FOTO The Nation
PETUGAS menemukan dua kaki manusia dalam kontena kertas kitar semula. FOTO The Nation
Bangkok: Pekerja di sebuah kilang kitar semula di daerah Si Racha di Chonburi, menemukan dua kaki manusia, yang sudah reput, di dalam kontena penghantaran kertas kadbod kitar semula dari Amerika Syarikat, lapor The Nation.

Balai Polis Si Racha dimaklumkan mengenai penemuan mengerikan itu pada 1 tengah hari, semalam.

Polis bergegas ke tempat kejadian bersama pegawai dari Yayasan Piew Yiew Thai Si Racha. Di situ, mereka memeriksa kedua-dua kaki itu yang dari pelvis hingga ke kaki yang hampir reput sepenuhnya. Kaki itu masih bersarung kasut hitam.

Kaki itu dihantar ke Institut Sains Forensik di Hospital Polis untuk pemeriksaan.

Kertas mampat dihantar dalam bekas ke kilang kitar semula, dan pekerja membuat penemuan yang mengerikan itu semasa mereka menyusun kertas.

Nama syarikat kitar semula dirahsiakan.

Tiada ulasan: