"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat Papagomo kes video bayangkan PM hidap Aids

Malaysiakini 

Polis sedang menyiasat penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung video yang kelihatan membayangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghidap Aids.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Rusdi Mohd Isa berkata video bertajuk "DSAI Penyakit Misteri Tiada Penawar Aids" telah memfitnah perdana menteri.

Malaysiakini tidak dapat memastikan kandungan video itu kerana halaman Youtube Wan Muhammad Azri dan rakaman berkenaan tidak lagi boleh diakses setakat ini.

Bagaimanapun, terdapat catatan oleh penulis blog itu, yang dikenali sebagai Papagomo dan kini Sir Azri, pada media sosial X yang mendakwa Anwar dihukum kerana tuduhan homoseksual.

Anwar telah didakwa di mahkamah atas tuduhan liwat dua kali, tetapi sabitan dalam kes pertama dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004 manakala dia telah diberikan pengampunan penuh pada 2018 berikutan sabitan kedua.

Anwar, yang mengekalkan pengakuan tidak bersalah berkata pengampunan penuh itu diberikan kerana terdapat "pelanggaran prinsip keadilan" dalam kesnya.

Menurut Rusdi, Wan Muhammad Azri disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana berkelakuan menghina, Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan sengaja untuk menceroboh keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang menghukum 'penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian',

Tiada ulasan: