"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

312 PATI didakwa atas pelbagai kesalahan imigresen

Azizi Majid
Antara PATI yang didakwa di Depot Imigresen Pekan Nenas, Pontian hari ini atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen. – Foto NSTP
PONTIAN: Seramai 312 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 133 wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas PATI di Depot Imigresen Pekan Nanas, di sini, hari ini atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Semua warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar, India, Nepal, Pakistan dan China berusia antara 20 hingga 56 tahun itu masing-masing mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ronie Anak Entili.

Daripada jumlah itu, 197 tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah.

Mereka dijatuhi hukuman penjara empat bulan bermula dari tarikh ditahan.

Seramai 110 lagi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Mereka yang mengaku bersalah dijatuhi hukuman penjara antara empat hingga tujuh bulan bermula dari tarikh ditahan.

Sementara itu dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36 akta sama kerana kembali ke negara ini secara tidak sah selepas diusir keluar.

Kedua-duanya mengaku salah dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan bermula dari tarikh ditahan.

Seorang majikan warga Indonesia yang mengaku bersalah selepas didakwa mengikut Seksyen 55E(1) akta sama turut dijatuhi hukuman penjara enam bulan bermula dari tarikh ditahan.

Bagaimanapun, seorang lagi yang didakwa mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan 3 Disember depan sebagai tarikh sebutan kes.

Tiada ulasan: