"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua petinju kontroversi di Sukan Olimpik sebagai lelaki

BHarianonline 
Petinju Algeria, Imane Khelif (kanan) dan petinju Taiwan, Lin Yu-ting. - Foto Reuters/AFP
Petinju Algeria, Imane Khelif (kanan) dan petinju Taiwan, Lin Yu-ting. - Foto Reuters/AFP
LONDON: Presiden Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA), Umar Kremlev menyatakan dua petinju yang mencetuskan kontroversi di Sukan Olimpik sebagai 'lelaki' namun menyatakan kekesalan selepas 'tidak membuat pemeriksaan di celah kangkang mereka'.

Dalam satu sidang media, Umar cuba untuk menjelaskan mengapa IBA menyingkirkan petinju Algeria, Imane Khelif dan petinju Taiwan, Lin Yu-ting daripada Kejuaraan Dunia, tahun lalu.
Presiden Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA), Umar Kremlev. - Foto IBA
Presiden Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA), Umar Kremlev. - Foto IBA
Kedua-dua petinju itu sah akan membawa pulang pingat di Olimpik selepas dibenarkan bertanding oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memandangkan mereka menarik semula kelayakan IBA untuk menganjurkan pertandingan susulan masalah rasuah dan isu urus tadbir.

"Ujian menyatakan mereka adalah lelaki. Kami tidak mengesahkan apa yang ada di celah kangkang mereka. Kami tidak tahu jika mereka lahir seperti itu ataupun ada perubahan yang dilakukan," kata Kremlev.

Dokumen yang ditinggalkan di atas meja menunjukkan bahawa keputusan mendedahkan 'kromosom XY dikesan dalam sampel kedua-dua atlet'.

IBA mendakwa kedua-dua petinju diuji pada acara mereka di Istanbul pada 2022 di mana mereka menemui dapatan yang meragukan sebelum ia diulangi pada pertandingan 2023 di New Delhi.
Petinju Algeria, Imane Khelif (kanan) dikritik selepas menewaskan petinju Itali, Angela Carini hanya dalam tempoh 46 saat. - Foto Reuters
Petinju Algeria, Imane Khelif (kanan) dikritik selepas menewaskan petinju Itali, Angela Carini hanya dalam tempoh 46 saat. - Foto Reuters
Petinju Algeria, Imane Khelif (kanan) dikritik selepas menewaskan petinju Itali, Angela Carini hanya dalam tempoh 46 saat. - Foto Reuters
Aksi petinju Taiwan, Lin Yu-ting (kiri) dan Svetlana Kamenova Staneva pada suku akhir kategori 57kg Olimpik Paris 2024. - Foto AFP
Mereka juga menyatakan dua petinju lain turut diuji di Turkiye dan tiada sebarang masalah ditemui.

"Ujian kedua mengesahkan ujian pertama. Jika ada pihak yang ragu-ragu, rujuk kepada mereka. Mereka boleh membuat ujian sendiri."

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Jurulatih IBA, Gabriel Martelli memberi amaran kematian boleh berlaku dalam sukan terbabit.

"Sukan ini sangat berbahaya sekiranya ada pihak yang memiliki kelebihan tidak adil, ada orang yang boleh terkorban.

"Jika ada di antara peserta memiliki kekuatan yang lebih, anda boleh memahami bahawa betapa bahayanya perkara ini."

Ketua Eksekutif Britain IBA, Chris Roberts mempersoalkan mengapa IOC tidak bertindak dengan maklumat daripada keputusan ujian yang diberikan kepada mereka tahun lalu.

"Mereka tidak mengambil sebarang tindakan kerana mereka bergantung pada kriteria mereka sendiri - iaitu menggunakan pasport." - AGENSI

Tiada ulasan: