"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penghuni rumah resah jiran sering lempar plastik berisi darah

KOSMO!
Beg plastik berwarna hitam dilempar ke pekarangan rumah mangsa. - KhaoSod
BANGKOK – Penghuni sebuah rumah di daerah Suwannaphum, wilayah Roi Et hidup dalam kegelisahan selama lebih dua bulan, selepas seorang jiran didakwa melempar beg plastik mengandungi darah ke pekarangan rumah mereka, lapor laman berita Thaiger semalam.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman Facebook, sehelai beg plastik berwarna hitam dilihat dilempar ke dalam hartanah mangsa.

Ia membuatkan beg tersebut pecah sehingga menyebabkan darah di dalamnya terpercik ke serata tempat.

Menurut mangsa, dia mengalami gangguan berulang itu selama dua bulan dan meskipun mempunyai bukti rakaman yang jelas, tiada penyelesaian atau tindakan daripada pihak berkuasa tempatan.

Ia membuatkan mangsa berasa tidak selamat dan terdesak untuk mendapatkan pertolongan.

Mangsa dan anggota masyarakat yang prihatin meminta sokongan dan perlindungan segera daripada polis tempatan bagi mencegah keadaan itu daripada berulang. – AGENSI 

Tiada ulasan: