"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita asal dari Kampung Bahagia, Teluk Intan ini hilang sejak April

ASLIZA MUSA
NUR Asyikin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Bahagia, Teluk Intan April lalu.
TELUK INTAN – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang wanita berusia 29 tahun yang dilaporkan hilang sejak April lalu.

Laporan kehilangan wanita dikenali Nur Asyikin Abd. Rahim, 29, beralamat di Kampung Bahagia, Teluk Intan itu dibuat ibunya pada pukul 9.38 pagi, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, wanita itu memaklumkan kepada ibunya yang dia mahu pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

Bagaimanapun, sejak keluar dari rumah pada April lalu, wanita itu gagal dihubungi ahli keluarganya sehingga kini.

“Ibu wanita terbabit memaklumkan tiada perselisihan faham berlaku antara anaknya dan ahli keluarga lain.

“Usaha dijalankan bagi mengesan wanita itu, namun dia gagal ditemukan. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat Khamis lalu oleh ibu wanita terbabit,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi wanita itu berada, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-6299222. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: