"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Mat rempit’ tunggang berbahaya, 2 maut motosikal berlanggar


FMT Reporters
Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan beberapa motosikal dipercayai ditunggang ‘mat rempit’ berlanggar di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, menyebabkan beberapa penunggang tercedera.
PETALING JAYA: Dua penunggang maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada 4.30 pagi itu, beberapa kumpulan ‘mat rempit’ menunggang secara laju dan berbahaya di sepanjang jalan dari Kompleks Sukan Pandamaran ke Pelabuhan Klang sebelum berpatah balik serta membuat beberapa pusingan.

Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong berkata, salah sebuah motosikal terbabas di atas jalan raya lalu dirempuh oleh beberapa motosikal daripada kumpulan yang lain.

Susulan itu, dua daripada penunggang, masing-masing berusia 16 dan 21 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi dibawa ke hospital, katanya, lapor Bernama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Mohd Khairul Nizam di talian 010-2452144 bagi membantu siasatan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Cha berkata, lokasi itu sering dijadikan litar oleh golongan remaja pada malam minggu walaupun sudah beberapa kali operasi dan tangkapan dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa supaya lebih peka terhadap kegiatan anak-anak agar tidak terlibat dalam kegiatan lumba haram yang mengancam nyawa dan pengguna jalan raya.

Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan beberapa motosikal dipercayai ditunggang ‘mat rempit’ berlanggar di jalan raya, menyebabkan beberapa penunggang tercedera.

Tiada ulasan: