"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 lelaki cuba samun juruteknik depan stesen minyak diburu

Bernama
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 46 saat memaparkan situasi kejadian yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan mangsa.
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu empat lelaki disyaki terbabit dalam cubaan samun menggunakan kayu di depan sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Subang Jaya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 37 tahun yang bekerja sebagai juruteknik pada 1.37 pagi.

“Dalam kejadian itu, suspek yang menunggang motosikal berhenti di depan kenderaan mangsa sebelum menghayunkan kayu ke arah cermin kereta sehingga pecah.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 393 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 46 saat memaparkan situasi kejadian yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan mangsa.

Rakaman itu memaparkan sebuah kereta dan motosikal menghalang kenderaan mangsa dengan beberapa lelaki menyerang dipercayai menggunakan kayu sebelum mangsa berjaya melarikan diri.

Tiada ulasan: