"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, warga emas ditahan

Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my

Bagan Datuk: Polis menahan seorang lelaki warga emas kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, di sini, hari ini.

Difahamkan, lelaki berusia 71 tahun mencabul kanak-kanak yang diasuh isterinya sebelum kejadian itu dilaporkan ibu mangsa.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek terbabit ditahan di sebuah rumah di Kampung Sungai Pulau, dekat Sungai Sumun, di sini, 5 petang tadi.

"Tangkapan ke atas lelaki itu dibuat sejurus Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk menerima laporan dibuat oleh ibu mangsa berusia 39 tahun.

"Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Tiada ulasan: