Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my

PEGAWAI kanan tentera direman selama enam hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM28,000. FOTO Ihsan SPRM.
Seremban: Pegawai kanan tentera ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM28,000 sejak 2024.
Sumber memaklumkan, suapan berkenaan sebagai dorongan penyambungan kontrak daripada kontraktor yang mendapat kerja di tempatnya bertugas.
"SPRM Negeri Sembilan menahan seorang pegawai kanan tentera disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM28,000 sebagai dorongan untuk penyambungan kontrak perkhidmatan operator gambar dan penjualan cenderamata fotografi serta daripada kontraktor lain yang mendapat kerja di tempat beliau bekerja.
"Suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Negeri Sembilan, di sini," katanya, hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2024 hingga 2025 ketika bertugas sebagai pengarah.
"Suspek disyaki menerima wang rasuah antara RM500 hingga RM3,000 setiap bulan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik suspek,"katanya.
Menurutnya, Majistret Sara Afiqah Zulkifli membenarkan suspek direman selama enam hari sehingga 9 Februari 2026 selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan