"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja perempuan maut, disyaki terjatuh dari tingkat 19 kondominium

Muhaamad Hafis Nawawi

GOMBAK: Seorang remaja wanita berusia 19 tahun maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sebelum sepasukan anggota petugas perubatan Hospital Selayang bergegas ke lokasi.

“Pemeriksaan awal mendapati, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

“Siasatan awal di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat cedera parah di kepala, konsisten dengan impak jatuh dari tempat tinggi.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi keluarga mangsa.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ridzuan Alang di talian 019-4492685 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.

Tiada ulasan: