Harapandaily
Seorang pendakwah tersohor direman di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana sebuah pusat pengajian agama terkemuka berjumlah kira-kira RM600,000.
Perintah reman selama satu hari dibenarkan Majistret Noor Fadlina Musa selepas mendapat permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dilaporkan pendakwah berusia 30-an itu ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani semalam.
Terdahulu, pengasas sebuah pusat pengajian agama terkemuka di daerah Kuala Muda itu pernah disiasat SPRM berhubung tuduhan mengutip dana awam dan melakukan penyelewengan kutipan derma bagi kegunaan peribadi.
Dia yang kerap muncul di televisyen itu dikatakan bertindak mengambil sejumlah komisen dalam kutipan derma bagi membeli pelbagai aset dan kenderaan mewah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan