"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tukang sembelih jumpa emas dalam perut itik, jual pada harga RM6,875

mStar 

REZEKI yang tak disangka-sangka.

Begitulah gambarannya mengenai kisah seorang lelaki di China yang menemui emas di dalam perut seekor itik.

Menurut lelaki dikenali sebagai Liu itu, dia menemui emas seberat 10 gram selepas menyembelih seekor itik pada Februari lalu.

Dia kemudian menjual emas berkenaan yang diangarkan bernilai 12,000 yuan (RM6,875).

Menurut Liu, itik itu dibela secara bebas berhampiran sebatang sungai yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai kawasan perlombongan emas.

Sungai Chenshui di daerah Longhui, wilayah Hunan itu mengalir dari utara ke selatan dan pernah menjadi lokasi penemuan emas.

Malah, ia bukanlah kejadian pertama memandangkan ada penduduk kampung yang lain pernah menemui emas di dalam perut itik di kawasan sama sebelum ini.

Dari tahun 1970-an hingga 1990-an, sungai itu mencetuskan fenomena pencarian emas dalam kalangan penduduk sebelum kerajaan mengharamkan aktiviti perlombongan persendirian.

Di bawah undang-undang China, semua sumber bawah tanah termasuk mineral dan artifak budaya adalah milik negara. - Agensi.

Tiada ulasan: