Mary Victoria Dass
JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditemukan dalam tong sampah di sebuah pangsapuri di Plentong, Masai pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pada jam 8.45 pagi tadi, pihaknya menerima maklumat penemuan bayi berkenaan.
“Bayi berkenaan ditemukan oleh penduduk dalam keadaan tidak berpakaian dan dibungkus menggunakan beg plastik. Siasatan mendapati keadaan bayi berkenaan cukup sifat dan dalam keadaan bernyawa, yang disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Sultan Ismail (HSI).
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja meninggalkan kanak-kanak dengan niat hendak membuang. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Hanis Mohamad Nafipi di talian 018-7718919 atau talian hotline IPD Seri Alam di talian 07-3864222,” katanya menerusi siaran media hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan