"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar hina Al-Quran yang tular dikatakan berlaku di Sabah akan disiasat - Exco Agama

FMT Reporters

PETALING JAYA: Kerajaan Sabah akan menjalankan siasatan berkaitan gambar tular memaparkan Al-Quran dipijak dan diconteng lukisan tidak senonoh, dikatakan dilakukan oleh individu dari negeri itu.

Exco Agama Arifin Arif berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan perbuatan biadab, melampau, dan cuba mencemarkan maruah agama serta boleh mengguris perasaan.

Beliau meminta Majlis Ugama Islam Sabah, Jabatan Agama Islam Negeri Sabah, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan sewajarnya.

“Tindakan tegas berlunaskan undang-undang perlu diambil terhadap individu yang terbabit,” katanya lapor Berita Harian.

Arifin berharap masyarakat menghadapi perkara ini dengan sabar dan tentang, dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Tiada ulasan: