"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa berita baik yang hendak diumum oleh PM sempena Aidilfitri petang ini?

KOSMO!

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan sidang akhbar di Kompleks Perdana Putra di sini pada pukul 3 petang nanti.

Bagaimanapun, dalam jemputan yang diedarkan kepada Media Putrajaya hari ini tidak memperincikan secara lanjut mengenai sidang akhbar itu.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan terdapat beberapa berita baik untuk rakyat menjelang Aidilfitri.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, perkara itu akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat ini.Surat khabar

“Insya-Allah, Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa lagi berita baik buat rakyat dalam masa terdekat menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri telah membuat beberapa pengumuman termasuk pengkreditan awal Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2, penyaluran Bantuan Khas Kewangan 2026 melibatkan penjawat awam, pesara dan veteran, selain Imam, Bilal, Guru Kafa dan sebagainya.

Selain itu, turut diumumkan peluasan siri Program Jualan Rahmah Madani di seluruh negara, selain peluasan inisiatif subsidi tiket penerbangan FlySiswa. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: