NOR AINNA HAMZAH
KUALA PILAH – Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dijadual berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, esok.
Istiadat berkenaan dijadual bermula pukul 9 pagi esok.
Majlis itu bakal menyaksikan pelantikan barisan Exco negeri bagi menggalas tanggungjawab dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan.
Istiadat berkenaan turut menjadi tumpuan selepas perkembangan politik negeri sebelum ini mencetuskan perhatian ramai.
Pengamal media dijemput bagi liputan majlis tersebut. -KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan