"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas ADUN PAS Bukit Pasir sertai UMNO

NOR AZURA MD AMIN

Najib

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] UMNO Bahagian Pagoh mengesahkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Bukit Pasir, Najib Lep telah diterima menyertai UMNO sejak Mei lalu.

Ketuanya, Ismail Mohamed berkata, Najib kini merupakan ahli UMNO di cawangan Selancar, Pagoh.

Menurutnya, Mesyuarat UMNO Bahagian Pagoh pada 30 April telah bersetuju untuk 

NOR AZURA MD AMIN

JOHOR BAHRU - UMNO Bahagian Pagoh mengesahkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Bukit Pasir, Najib Lep telah diterima menyertai UMNO sejak Mei lalu.

Ketuanya, Ismail Mohamed berkata, Najib kini merupakan ahli UMNO di cawangan Selancar, Pagoh.

Menurutnya, Mesyuarat UMNO Bahagian Pagoh pada 30 April telah bersetuju untuk menerima permohonan Najib untuk menjadi Ahli UMNO di Bahagian Pagoh.

"Permohonan kemasukan ini telah dirujuk ke Ibu pejabat UMNO Malaysia dan melalui Sistem keahlian UMNO, Najib telah diterima menjadi Ahli UMNO pada 31 Mei lalu di UMNO Cawangan Selancar.

"Najib juga telah menghantar lebih kurang 60 orang yang berminat untuk menjadi ahli UMNO dan bercadang untuk menubuhkan cawangan baru di Hub Universiti Pagoh. Perkara ini juga telah dirujuk ke Ibu pejabat UMNO Malaysia bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Berhubung kehadiran Najib ketika Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh pada Sabtu lalu, Ismail berkata, Najib hadir dalam mesyuarat tersebut sebagai perwakilan UMNO Cawangan Selancar.

"UMNO Bahagian Pagoh mengalu-alukan sesiapa sahaja menjadi ahli bagi memastikan kelangsungan perjuangan membela agama bangsa dan negara.

"UMNO Bahagian Pagoh mengucapkan jutaan terima kasih kepada Najib dan mereka yang memilih perjuangan ini," katanya.

Tiada ulasan: