"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Ketua Polis Negara bakal berentap PRU15 di Rembau

DANIAL HAKIM

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador disenaraikan Gerakan Tanah Air (GTA) sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail, nama Abdul Hamid termasuk dalam senarai yang dicadangkan sebagai calon gabungan itu untuk bertanding di Parlimen Rembau.

Beliau berpendapat pemilihan Abdul Hamid sebagai calon paling terbaik untuk GTA di Parlimen Rembau memandangkan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dijangka bertanding di kerusi itu pada PRU kali ini.

Selain Abdul Hamid, nama pengarah yang juga pelakon, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dicadangkan sebagai calon bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

“Kedua-dua nama individu berkenaan termasuk dalam senarai yang saya bawa ke peringkat pucuk pimpinan sebagai calon GTA Negeri Sembilan menerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

“Keputusan sama ada Abdul Hamid terpilih calon bertanding di Parlimen Rembau dan Ahmad Idham bagi kerusi Parlimen Port Dickson akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti,” dipetik BH.

Tiada ulasan: