"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 beradik ditemukan terapung, maut dipercayai kena renjatan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Tiga beradik perempuan dipercayai maut akibat terkena renjatan elektrik di luar kediaman mereka yang dilanda banjir, dalam kejadian di Kampung Bendang Surau dekat Morak, Tumpat, pagi tadi.

Memetik Berita Harian, kesemua mangsa berusia 20 hingga 27 tahun meninggal dunia, kira-kira 11.45 pagi.

Menurut laporan itu, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah.

Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan terapung.

Tiada ulasan: