"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tengok gambar, mesej lucah kiriman Ebit Lew - SaksiI'm

Yun Mikail

am@hmetro.com.my

Tenom: Pendakwah bebas, Firdaus Wong memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini bahawa beliau ada melihat beberapa mesej serta gambar lucah di telefon bimbit wanita, yang mendakwa kiriman Ebit Lew.

Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung, 39, berkata, semua mesej dan gambar daripada aplikasi WhatsApp itu dilihat sendiri olehnya apabila bertemu dengan 'pengadu' dan suaminya selepas membuat laporan polis pada 7 Ogos 2021.

"Antara pesanan adalah satu mesej suara daripada Ebie Lew kepada 'pengadu' yang berbunyi 'Tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit'.

"Terdapat juga pesanan bertulis menerusi WhatsApp yang berbunyi 'minta husband you ceraikan you, I bayar you'," katanya.

Firdaus berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani, pada perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim, 37.

Saksi itu turut memberitahu melihat gambar kemaluan lelaki yang dihantar menerusi antara 'pengadu' dan pendakwah selebriti berkenaan.

"Saya juga melihat gambar kemaluan lelaki di dalam perbualan antara 'pengadu' dan Ebit Lew," katanya yang juga Pengasas dan Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM).

Ebit didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.

Beliau didakwa menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu, dengan kesalahan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: