"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar lepasi usul undi percaya, peroleh sokongan majoriti jadi PM

Nora Mahpar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tambun Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai perdana menteri ke-10 selepas usul undi percaya dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini.

Usul undi percaya itu diluluskan dengan undian suara selepas dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dan kemudian dibahaskan oleh 12 Ahli Parlimen.

Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang juga ketua pembangkang membuka tirai perbahasan usul berkenaan.

Ahli Parlimen lain yang turut berbahas adalah Lim Guan Eng (PH-Bagan), Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), Ronald Kiandee (PN-Beluran), Johari Ghani (BN-Titiwangsa), Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), Rafizi Ramli (PH-Pandan), Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor), Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau), Shahidan Kassim (PN-Arau), Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor), dan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Usul undi percaya itu bertujuan membuktikan Anwar dari PH, yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov, mendapat sokongan Ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Berdasarkan sokongan mengikut parti, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar sekarang ialah seramai 148 orang.

Ia merangkumi daripada PH 82, BN 30, GPS 23, GRS 6, Warisan 3, KDM 2, PBM 1, dan Bebas 1 kerusi.

Selebihnya iaitu 74 kerusi ialah milik PN yang merupakan blok pembangkang.

Tiada ulasan: