"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketika banjir besar melanda, MB Terengganu, Dr Samsuri bercuti di Auckland?

NASUHA RAHMAN

Ketika banjir besar sedang melanda negeri Terengganu Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar didakwa berada di Auckland New Zealanda.

Beliau didakwa oleh Datuk Lukman Noor Adam dan didapati bercuti bersama keluarga ketika negeri itu dilanda musibah banjir besar.

Dalam pendedahan yang dibuat malam tadi oleh Lukman yang mana beliau telah bersiaran langsung selama hampir 36 minit.

Malah, Samsuri juga tidak kelihatan bersama Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang turut melawat mangsa banjir Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Seberang Tayor, Tebak, Kemasik dan Dewan Sivik Paka, hari ini.

Lebih menguatkan lagi spekulasi itu apabila tiada kelibat Samsuri ketika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat mangsa banjir di Terengganu hari ini.

Berdasarkan maklumat tiket kapal terbang yang dilihat bertarikh 11 Disember atas nama Samsuri dan isterinya yang bernama Datin Seri Tuan Faizan Tuan Ab Rahman, menuju Auckland, New Zealand.

Setakat malam ini, Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 39,311 orang daripada 10,937 keluarga berbanding 39,108 orang daripada 10,735 keluarga petang tadi.

Sebanyak 304 PPS beroperasi di kesemua lapan daerah di negeri itu dengan Besut merekodkan seramai 9,225 mangsa, Kemaman (8,573 mangsa), Hulu Terengganu (6,375 mangsa), Setiu (4,988 mangsa), Dungun (4,005 mangsa), Kuala Terengganu (2,545 mangsa), Kuala Nerus (1,839 mangsa) dan Marang (1,761 mangsa).

Tiada ulasan: