"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengsan dalam pembetung, 3 pekerja mati lemas

FMT Reporters

Tiga mangsa warga Indonesia lemas dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Tiga pekerja kontrak pemasangan kabel telekomunikasi warga Indonesia maut selepas lemas dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis, berkata menurut laporan awal, mangsa pekerja kontrak pemasangan kabel sebuah syarikat komunikasi itu pengsan dalam lubang pembetung dengan kedalaman 5m ketika melakukan kerja tersebut.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.17 petang sebelum kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian,” katanya menurut Bernama.

Katanya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian kesihatan (KKM).

Beliau berkata, semua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

Tiada ulasan: