"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Johari Abdul kosong kerusi DUN Gurun

 FMT Reporters

facebook sharing button twitter sharing button whatsapp sharing button email sharing button 

Johari Abdul mengumumkan mengosongkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun di Kedah serta merta, menjelang sidang Parlimen selepas PRU15, esok.

PETALING JAYA: ADUN Gurun Johari Abdul mengumumkan pengosongan kerusi itu berkuat kuasa serta merta, lapor Bernama.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu juga disebut-sebut untuk dinamakan sebagai calon Speaker Dewan Rakyat bagi blok kerajaan perpaduan.

Antara agenda utama dalam sidang Parlimen esok membabitkan pemilihan speaker dan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam satu hantaran video di Facebook, Johari mengesahkan beliau telah meletak jawatan sejak Isnin (13 Dis), selepas Speaker DUN Kedah Juhari Bulat menerima suratnya.

Beliau sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengundi di Gurun yang menyokongnya sepanjang menjadi ADUN di kawasan terbabit.

Ketika ditanya mengenai keputusan untuk mengosongkan kerusi DUN berkenaan, Johari tidak menolak ia kemungkinan berkait dengan pencalonannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

“Kita tunggu esok lah,” katanya kepada Bernama.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Johari yang mewakili Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi DUN Gurun dengan memperoleh majoriti 4,207 undi selepas mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Bebas.

Sementara itu, Juhari ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kerusi DUN Gurun dikosongkan sehingga berlangsungnya pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Tiada ulasan: