"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Annuar dilantik ‘orang kanan’ Sanusi dalam PAS

Anne Muhammad

PETALING JAYA: Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa memaklumkan beliau dilantik sebagai timbalan ketua pengarah pilihan raya PAS.

Bercakap kepada FMT, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memaklumkan kepadanya keputusan yang dibuat selepas mesyuarat parti itu semalam.

Katanya, beliau akan bertemu Presiden PAS Hadi Awang dan Ketua Pengarah Pilihan Rayanya Sanusi Nor untuk membincangkan peranan baharunya itu selain ahli jawatankuasa (AJK) parti .

“Terima kasih kepada presiden dan jawatankuasa atas kepercayaan diberikan.

“Saya akan cuba beri sumbangan sebagai ahli,” kata pengerusi NGO Muafakat Nasional itu.

Jun lalu, Annuar yang juga bekas menteri komunikasi dan multimedia sah menyertai PAS selepas enam bulan dipecat daripada Umno.

Terdahulu, Takiyuddin mengumumkan pelantikan Annuar dan seorang lagi bekas pemimpin Umno Shahidan Kassim sebagai AJK PAS bersama tujuh yang lain.

Shahidan adalah bekas Ahli Parlimen Arau daripada Barisan Nasional (BN) yang dipecat Umno selepas bertanding di Parlimen itu atas tiket Perikatan Nasional (PN) apabila namanya tidak tersenarai sebagai calon dalam PRU15.

Tiada ulasan: