"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kapten bola sepak Wild Boars disahkan mati akibat bunuh diri

Utusanonline

LONDON: Kapten pasukan bola sepak remaja Thailand yang diselamatkan dari gua yang dilanda banjir pada 2018 disahkan membunuh diri di sebuah sekolah di United Kingdom (UK) awal tahun ini

Duangpetch Promthep, 17, ditemui tidak sedarkan diri di bilik asrama pelajar di Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House di Leicestershire pada 12 Februari lalu sebelum meninggal dunia di hospital dua hari kemudian.

Koroner Kanan Bandar Leicester dan Selatan Leicestershire, Profesor Catherine Mason merekodkan kesimpulan bunuh diri selepas inkues kematiannya dikeluarkan kelmarin.

“Duangpetch tidak pernah dirujuk ke perkhidmatan kesihatan mental dan tidak diketahui mengapa dia mengambil tindakan yang dia lakukan. Ia tidak dapat diramalkan atau dihalang.

“Siasatan polis tidak menemui bukti penglibatan pihak ketiga atau keadaan yang mencurigakan,” kata Mason dipetik BBC.

Duangpetch dan pasukan bola sepak Wild Boars menjadi tajuk utama berita global apabila dia, rakan sepasukan bersama jurulatih mereka terperangkap di kompleks gua Tham Luang di wilayah utara Chiang Rai.

Ribut tiba-tiba membanjiri gua, menghalang laluan mereka keluar.

Beribu-ribu sukarelawan, pegawai, penyelam dan pakar dari seluruh dunia terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat ketika itu.

Selepas kematiannya di UK, keluarga Duangpetch merayu bantuan agar mayatnya dikembalikan ke Thailand namun atas sebab kewangan, proses pembakaran dibuat di Leicester.

Abunya kemudian dihantar kepada ibu bapanya di Bangkok pada 4 Mac lalu oleh bekas penyerang dan ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang yang membantu Duangpetch mendapatkan biasiswa untuk belajar di UK.

Tiada ulasan: