"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar dibuli makan najis

Agensi

Beijing: Seorang pelajar lelaki di sekolah menengah di Longyan, wilayah Fujian, baru-baru ini, menjadi mangsa buli apabila dipaksa memakan najis di dalam tandas sekolah oleh seorang pelajar lain, lapor The Straits Times.

Menerusi video yang dimuat naik dalam talian, pelajar dari sekolah menengah Longyan Qiaoyu itu meminta pelajar terbabit makan najis.

Pelajar itu juga bertindak merakam video kejadian.

Pada mulanya, dia menolak kerana dilihat oleh pelajar lain. Selepas pelajar lain diarahkan pergi, dia dipaksa memakan najis itu.

Pegawai itu berkata, pihak sekolah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani kejadian itu dan sudah menawarkan kaunseling kepada yang pembuli itu.

Seorang lagi pegawai dari biro pendidikan tempatan berkata, mereka sedang meneliti kejadian itu.

Insiden itu menjadi salah satu topik trending paling hangat di platform media sosial.

Berang dengan video itu, pengguna media sosial di China mengecam sekeras-kerasnya kejadian buli itu dan meminta siasatan segera dilakukan untuk menahan pelakunya.

"Ini pasti meninggalkan 'parut' seumur hidup pada pelajar lelaki itu, dan sesiapa yang melakukan ini lebih teruk daripada haiwan," kata seorang pengguna di platform media sosial Weibo.

Seorang lagi pengguna berkata, buli di sekolah perlu ditangani dengan lebih serius.

"Buli sekolah harus ditangani dengan lebih serius dan pantas dan pembuli mesti ditangani," tulisnya
-hmetro 

Tiada ulasan: