"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gigit telinga abang ipar hingga putus, lelaki diarah jalani rawatan psikiatri

FMT Reporters

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Muar mengarahkan seorang lelaki yang didakwa menggigit telinga abang iparnya hingga putus supaya menjalani rawatan psikiatri.

Majistret Fatin Dalilah Khalid mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk tertuduh menjalani rawatan itu di Hospital Permai, Johor Bahru, menurut Harian Metro.

Tay Kim Meng, 28, yang bekerja sebagai pelayan restoran di Singapura, didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap abang iparnya berusia 41 tahun di sebuah kedai alat ganti kenderaan di Jalan Sakeh, Muar pada 1.25 tengah hari 30 Okt lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh naik angin selepas ahli keluarga mahu menghantarnya menjalani rawatan di sebuah pusat rawatan mental di Kuala Lumpur.

Dia kemudian menolak permintaan mangsa lalu menggigit telinganya hingga putus.

Mahkamah menetapkan 30 Nov ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan perubatan.

Tiada ulasan: