"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pekerja asing buat hal mandi, cuci baju guna air tangki atas bangunan

Saadiah Ismail
saadiah_ismail@bh.com.my
Tangkap layar video viral menunjukkan pekerja asing mandi dan cuci baju menggunakan air tangki di atas bangunan.
Tangkap layar video viral menunjukkan pekerja asing mandi dan cuci baju menggunakan air tangki di atas bangunan.
KUALA LUMPUR: Satu video tular menunjukkan tiga pekerja warga asing, dipercayai warga Bangladesh, mandi dan mencuci pakaian mereka menggunakan air tangki simpanan di atas sebuah bangunan di USJ 21, Subang Jaya, baru-baru ini.

Dalam video berdurasi 19 saat yang disiarkan di media sosial dan dikongsi secara meluas, ia menunjukkan tiga lelaki yang dipercayai bekerja dan tinggal berdekatan bangunan itu, melakukan perbuatan berkenaan tanpa menyedari bahawa mereka sedang dirakam.

Seorang daripada mereka dilihat mandi menggunakan sabun dengan air bilasan dipercayai masuk semula ke dalam tangki berkenaan.

Perbuatan itu mendapat reaksi ramai warganet yang disifatkan melampau dan perlu diambil tindakan, bimbang ia berulang lagi.

Selain daripada mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab itu, warganet juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Seorang pengguna platform TikTok, MrCpnfyn menggesa individu yang merakam video itu untuk membuat laporan polis.

"Sila laporkan kepada pihak berkuasa. Apa akan yang berlaku jika ada bekalan air terputus," tulisannya.

Sementara itu, pengguna MaslaysiaBoleh mengeluh bahawa pekerja itu terlalu ramai yang mandi di situ.

Selain itu, NadtrahIbrahim berkata, video itu sudah dirakamkan agak lama, tetapi masih belum ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Perkara sama turut dipersetujui warganet, arincjunk yang mempersoalkan mengapa tangki air itu tidak dikunci untuk mengelakkan perbuatan berkenaan terjadi lagi.

Tiada ulasan: