"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Tauke kilang maut dihempap pagar

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
LOKASI kejadian. FOTO Ihsan Polis
LOKASI kejadian. FOTO Ihsan Polis
Tanah Merah: Seorang pemilik kilang pagar dawai maut selepas dihempap pintu pagar di kilang miliknya di Kawasan Perindustrian di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 70 tahun dikatakan memeriksa pintu pagar kedua kilang berkenaan dan menolak pagar untuk menutupnya.

Bagaimanapun, roda pagar terkeluar dari landasan menyebabkan pintu pagar berkenaan terbalik dan menghempap keseluruhan badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, mangsa maut di lokasi kejadian akibat parah.

"Hasil siasatan juga mendapati tiada sebarang perbuatan jenayah atau berlaku pergaduhan dalam kes berkenaan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan kecederaan kepala," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, mangsa adalah pemilik kilang berkenaan yang membuat pagar dawai.

Katanya, mangsa juga tinggal di kawasan kilang berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tiada ulasan: