"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki rentung, Myvi dipandu terbabas, terbakar

Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang rentung akibat kereta dinaiki terbabas dan terbakar. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang rentung akibat kereta dinaiki terbabas dan terbakar. FOTO Ihsan Bomba
Teluk Intan: Seorang lelaki ditemukan rentung akibat kereta dipandunya terbakar selepas terbabas di Kilometer 23.5 Jalan Changkat Jong-Bidor, dekat Kampung Ayer Hitam, di sini, malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.29 malam.

"Sebaik jentera tiba, didapati seorang lelaki berada di dalam sebuah Perodua Myvi terbalik sedang terbakar 80 peratus di bahu jalan arah Bidor menghala Teluk Intan.

"Operasi memadamkan kebakaran terkawal pada 10 malam dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batu 12, bagaimana pun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Tiada ulasan: