"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tertuduh dinafikan keadilanPeguam dakwa OKT ‘digesa’ mengaku salah demi penuhi KPI

V Anbalagan

PETALING JAYA: Seorang peguam mendakwa individu dituduh tanpa diwakili di mahkamah sering ‘digesa’ majistret untuk mengaku salah bagi memastikan kes dapat dilupuskan secepatnya.

Baljit Singh Sidhu berkata, gesaan itu bagi memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) justeru mengakibatkan individu dituduh dinafikan keadilan.

“Sering kali kes menjadi ‘justice hurried is justice buried’ (keadilan tergesa-gesa menguburkan keadilan),” katanya memetik frasa acap kali diguna dalam kalangan peguam.

Baljit mengulas berkait keputusan Mahkamah Shah Alam minggu lalu mengetepikan sabitan dan hukuman warga emas yang dituduh memaparkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di atas kenderaannya pada kempen PRK Kuala Kubu Baharu, baru-baru ini.

Membenarkan semakan permohonan dibawa P Ramasamy,66, Pesuruhjaya Kehakiman Wendy Ooi memerintahkan kes tertuduh dikembalikan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu untuk membolehkan pertuduhan dibacakan semula serta pengakuan direkodkan.

Pada 6 Mei, Ramasamy dijatuhi hukuman sebulan penjara dan denda RM3,000 bagi kesalahan itu. Dia diperintah menjalani hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda.

Dia didakwa di bawah Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengembang perasaan jahat atau permusuhan antara orang terdiri daripada kaum yang sama atau berlainan.

Baljit, yang juga profesor adjung dan penulis buku ‘Criminal Litigation Process’, berkata undang-undang memerlukan majistret menguruskan pengakuan bersalah dengan penuh kesungguhan.

“Prosedur mesti dipatuhi ketat. Seorang majistret mesti menjelaskan kepada tertuduh dan berpuas hati dia memahami sifat dan akibat pengakuan,” katanya.

Katanya, semua fakta mesti dibaca pendakwaan dan faktor mitigasi dan pemberatan dinilai rapi sebelum hukuman dijatuhi.

Baljit mendakwa prosedur tersebut tidak dipenuhi dalam kes pada dewasa ini.

Beliau berkata, penterjemah mestilah dilatih secukupnya kerana mereka merupakan konduit penting antara majistret dan tertuduh.

Peguam kanan Kitson Foong, berkata tugasan majistret adalah berat terutama yang berkhidmat di bandar besar di seluruh negara.

Namun, tidak boleh mana-mana tertuduh dinafikan keadilan.

Foong berkata, satu daripada penyelesaian adalah menambah jumlah majistret menangani kes jenayah.

“Bagaimanapun, ia mungkin mudah diperkata daripada dilaksanakan kerana mungkin tidak cukup kamar mahkamah untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata, peguam yang hadir bagi kes lain boleh secara sukarela membantu individu dituduh demi memastikan apa jua pengakuan bersalah dibuat tanpa syarat.

“Saya pernah menjadi amicus curiae (sahabat mahkamah) dalam beberapa keadaan di Mahkamah Majistret apabila orang kena tuduh hilang punca,” katanya.

Dengan kerajaan telah memperkenalkan skim membantu orang kesusahan 12 tahun lalu, peguam Rafique Rashid Ali berkata, tiba masa semua individu dituduh secara sah diwakili.

Katanya, hak diwakili dalam perundangan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun melibatkan tertuduh yang ingin membuat pengakuan bersalah.

Tiada ulasan: