"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa sebabnya 10,160 calon SPM 2023 tidak hadiri peperiksaan?

Harapandaily

Kementerian Pendidikan (KPM) mendedahkan seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, jumlah ketidakhadiran itu perlu ditangani dan diteliti supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan.

“Kita akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023), selepas berlaku penurunan agak banyak (bagi calon yang mendaftar SPM 2023 berbanding 2022).

“Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di KPM, hari ini.

Tiada ulasan: