"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Tiga penjawat awam ditahan berhubung skandal permohonan tanah

Rosli Ilham
bhnews@bh.com.my
Ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah majistret untuk mendapatkan perintah reman bagi bantu siasatan kes rasuah dalam permohonan tanah - Foto NSTP/Rosli Ilham
Ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah majistret untuk mendapatkan perintah reman bagi bantu siasatan kes rasuah dalam permohonan tanah - Foto NSTP/Rosli Ilham
CHUKAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan tiga penjawat awam sebuah jabatan selepas disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM25,000.

Ketiga-tiga suspek berusia 30 hingga 40-an itu ditahan petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kemaman.

Kesemua suspek ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah bagi memudahkan urusan permohonan tanah di negeri ini.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shafifuddin membenarkan kesemua suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 1 Jun di Mahkamah Majistret Kemaman, pagi tadi.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan itu antara tahun 2022 hingga 2023 dan turut terbabit secara langsung dalam menjalankan siasatan, membuat pengukuran sempadan serta menyediakan ulasan teknikal bagi tanah yang dimohon.

"Sepanjang tahun 2022 hingga 2023 itu juga didapati wujud beberapa transaksi wang ke akaun salah seorang suspek sehingga mencecah RM25,000 dan kesemua suspek turut disyaki menerima antara RM500 hingga RM800 mengikut tugasan daripada pemohon," kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan kesemua suspek dan kes berkenaan disiasat di bawah Akta 17 (a)

Tiada ulasan: