"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sendikit seludup skuter elektrik terpakai untuk lupus di Malaysia

ISKANDAR SHAH MOHAMED
Norlela (tengah) menunjukkan skuter elektrik yang dirampas pihaknya di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang hari ini.-FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
KLANG – Helah sindiket menyeludup ratusan skuter elektrik dari Eropah untuk dilupuskan di negara ini gagal selepas dirampas pihak berkuasa di Pelabuhan Barat di sini, baru-baru ini.

Kesemua skuter terpakai yang diikrarkan sebagai aloi aluminium itu dipercayai mahu dihantar kepada pihak tertentu menerusi kontena bagi pelupusannya.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, semakan pihaknya mendapati tiada permit import dikemukakan bagi barangan yang dikirim dari sebuah negara di Eropah itu yang dikesan pada 20 Mac lalu.

Jelas beliau, pemeriksaan membawa kepada penemuan 700 unit skuter elektrik terpakai yang nilai dagangannya berjumlah RM420,000.

“Pihak sindiket membuat pengikraran palsu dengan mengikrarkan ia sebagai ‘aluminium alloys’ bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kita masih mengesan pihak atau syarikat di negara ini yang terlibat dalam penyeludupan itu dipercayai bagi tujuan pelupusan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini, hari ini.-KOSMO!ONLINE

Tiada ulasan: