"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keputusan SPM yang menakutkan: Di sebalik kisah kejayaan 11,713 mendapat keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A-

Akal bakal pengundi muda membimbangkan, dah boleh agak rupa ‘content creator’ generasi ini nanti

Harapandaily

Ramai bimbang dengan tahap akal ‘content creator’ akan datang di sebalik kisah kejayaan 11,713 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mendapat keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Apa tidaknya, seramai 33,915 calon SPM 2023 tidak memperoleh sijil termasuk 10,160 pelajar tidak hadir menduduki peperiksaan.

Menyelam jumlah bakal pengundi muda kelahiran 2006 ini yang gagal mata pelajaran teras juga lebih membimbangkan.

Ratusan ribu remaja kita nampaknya membazirkan 11 tahun persekolahan mereka apabila mendapat gred G (Gagal) iaitu hanya memperoleh markah kurang 40 peratus.

Seramai 9,306 gagal Bahasa Melayu sekaligus menimbulkan persoalan apa jenis kewarganegaraan yang mereka miliki sebenarnya apabila bahasa kebangsaan pun ‘tidak lepas’.
Pertambahan mangsa penipuan kepada ‘scammer’ yang menjanjikan keuntungan berganda pada masa akan datang juga dapat dijangka apabila 85,706 pelajar SPM 2023 gagal subjek Matematik.

Negara juga sedang berdepan generasi buta sejarah tanah air apabila seramai 20,868 pelajar tidak lulus pun mata pelajaran Sejarah.

Malaysia turut terpaksa menanggung beban dan kerugian jangka panjang lantaran SPM 2023 melahirkan 41,403 warganegara yang gagal Bahasa Inggeris dan 25,174 orang pula gagal Sains.

Orang ramai meluahkan rasa khuatir mereka mengenai bukan saja masa depan pelajar terbabit malah Malaysia pada masa akan datang.

Keputusan SPM juga secara tidak langsung menggambarkan tahap pemikiran rasional dan disiplin yang dimiliki oleh generasi pelapis negara.

“Angka menakutkan, 85,000 gagal Matematik? We need to do something about this.

“Lepas ni ramailah buat content merepek nak jadi terkenal. Lepas tu jual brand sendiri. Easy profit,” kata netizen.

Ada juga berpendapat proses pendidikan anak-anak sama ada di rumah dan sekolah tidak cukup tegas untuk memastikan setiap mereka yang berusia 17 tahun sekurang-kurangnya menggenggam separuh atau 50 peratus pemahaman iaitu gred C terhadap apa dipelajari.

“Generasi dah lama tak makan getah paip dan rotan beginilah jadinya. Dah suap macam-macam dah, tinggal skor pun tak boleh nak buat. Tang 10,000 tak datang peperiksaan tu, di rumah ibu bapa jadi tunggul gamaknya.

“Malulah dengan pelajar pedalaman, yang tinggal nun dalam hutan, akses internet apa semua tiada, ibu bapa miskin, tiada tuisyen, jalan dalam lumpur nak pergi sekolah.

“Ini dah suap macam-macam, rumah aircond, wifi ada, nak apa semua dapat, itu pun tak boleh skor,” demikian antara luahan warganet di laman X.

Tiada ulasan: