"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Objek pelik dari angkasa ditemui di kawasan pergunungan

KOSMO!
OBJEK ganjil yang ditemui di tapak perkemahan mewah di daerah Haywood, California. - Foto YouTube/WLOS News 13
WASHINGTON – Seorang penyenggara menemui sebuah objek berbentuk aneh dipercayai dari angkasa lepas, di sepanjang satu laluan terpencil di pergunungan Carolina Utara, Amerika Syarikat, lapor portal berita New York Post.

Justin Clontz dan rakan sekerjanya mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan di sekitar Glamping Collective iaitu tapak perkhemahan mewah di daerah Haywood. Mereka terkejut apabila menemui objek besar itu.

“Ia berlaku sekali dalam seumur hidup anda. Ia tidak berlaku pada setiap hari,” kata Clontz kepada saluran televisyen WLOS.

Objek aneh itu diselaputi gentian karbon yang terbakar, kira-kira setebal 2.54 sentimeter dan hampir 1.21 meter tinggi, demikian menurut WLOS.

Kedua-dua lelaki itu mengalihkan objek berat tersebut dengan mengikatnya pada mesin pemotong rumput.

Walaupun objek itu mempunyai kesan terbakar, Clontz berkata, kawasan di sekitarnya tidak menunjukkan sebarang kesan kerosakan sekali gus menimbulkan lebih banyak persoalan tentang bagaimana kepingan logam misteri itu berada jauh di dalam hutan. – AGENSI

Tiada ulasan: