"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hati-hati ya, ada ‘scammer’ menyamar jadi pegawai sebuah suruhanjaya ini

AKMAL MANAF

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan terdapat peningkatan kes berkaitan panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai suruhanjaya itu dalam tempoh seminggu ini.

Justeru, MCMC mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan panggilan ‘menyamar’ itu.

”Modus operandi panggilan yang diterima adalah untuk memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu.

“Pemanggil memperkenal dirinya sebagai pegawai MCMC dan memaklumkan nombor telefon mangsa terbabit dalam kegiatan jenayah dan mendakwa jika mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian akan disekat atau disenarai hitam,” maklum kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, suruhanjaya tersebut turut menegaskan bahawa sebarang pengumuman atau pemakluman berkaitan urusan dengan MCMC, hanya dilaksanakan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang MCMC atau menerusi platform media sosial.

”Bukannya menggunakan nama individu, nombor telefon bimbit persendirian mahupun penggunaan bahasa yang meragukan.

”Pihak berkuasa, termasuk MCMC tidak akan meminta butiran dan maklumat peribadi individu.

”Orang ramai disarankan untuk membuat tetapan sekatan ke atas nombor telefon pemanggil (block call or reject list) atau mendapatkan perisian atau aplikasi bagi menyekat kemasukan panggilan atau SMS ke talian telefon yang dimiliki,” maklum kenyataan itu lagi.

Susulan itu, MCMC menggesa masyarakat agar tidak terpedaya dengan panggilan daripada pihak tidak dikenali.

Tiada ulasan: